Bismillah
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah kita sudah berada di bulan Mac 2014. Legasi kepimpinan SAMT Tengku Ampuan Jemaah juga yang terbaru. Terima kasih kepada guru-guru pembimbing, guru-guru, para pelajar dan semua warga sekolah. Doakan kami kuat dan menjadi lebih bertanggungjawab menjalankan amanah ini dengan penuh berdedikasi.
Ketua Umum : Muhammad Amin Mubarak
Penolong Ketua Umum : Adibah bt Nazri
Banyak aktiviti telah dilaksanakan oleh badan pengawas sepanjang 3 bulan ini. Tujuan utama kami adalah untuk mencapai kesepakatan supaya mudah untuk menjalankan kerja. Aktiviti-aktiviti tersebut juga menimbulkan sifat kerjasama dan mahabbah dalam kalangan badan pengawas sendiri.
Pada awal bulan Februari, badan pengawas di bawah kelolaan biro dakwah dan tarbiyyah telah mengadakan iftar (buka puasa) pada hari Isnin. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan badan pengawas SAMTTAJ bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.
TENTATIF PROGRAM
0630-0700 : Bacaan Maathurat/Surah Yaasin
0700-0730 : Tazkirah
0730-0745 : Iftar (Makan ringan)
0745-0820 : Solat Maghrib/Solat Hajat
0820-0850 : Iftar (Makan berat)
0850-0910 : Solat Isyak/Bersurai
Tazkirah disampaikan oleh saudara Haziq Jamaluddin
Ucapan ringkas daripada saudara Amin Mubarak
Sekian, wassalam!





No comments:
Post a Comment