Bismillah
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah untuk terus hidup. Tentunya JANGAN kita lupakan nikmat yang Dia berikan tetapi bersyukurlah. Baik atau buruk hari yang kita lalui. Bersyukurlah! Alhamdulillah.
Sabda Rasulullah SAW :
"Daripada Ibn Abbas RA berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : "dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (riwayat Bukhari)
Pada tahun ini terlalu banyak masalah yang timbul. Barangkali masalah-masalah itu tercetus kerana diri kita sendiri. Mudah-mudahan ia penyuci kepada kesalahan yang telah kita lakukan.
Bermuhasabah dan terus perbaiki. Mohonlah pada Allah.
Setelah 17 hari berlalu. Semoga keluarga mangsa tabah. Mungkin sukar, tetapi percayalah pada ketentuanNya. al-Fatihah
Memang daripada tadika lagi belajar, semoga amal hingga ke tua. insyaAllah
DOA MERUPAKAN SENJATA MUKMIN
Doakan saudara seislam kita di seluruh dunia. Semoga dikurniakan keberanian, semangat yang jitu untuk menentang yang batil. Sememangnya dunia akhir zaman, kebenaran selalu ditolak. Allahu. Semoga pejuang-pejuang Islam sentiasa kental.
Doakan mereka
Wassalam


No comments:
Post a Comment