#Wal'asr

Wednesday, 26 March 2014

Stop complaining

Assalamualaikum


Do you know people who always complain?  Whenever I hear someone complain, this story of Rabia Al-Basri comes to mind.
There was a time I used to think that if you’re complaining all the time, you must be “smart”.
Because if you’re complaining you know what’s wrong with the world and implying you know how to fix its problems.
But over time I realized the habit of complaining rarely fixes problems.  Instead it only creates more unhappiness not only for us, but also those around us.
What we’re really looking for is contentment, and the secret of it lies in being grateful.
There are so many things to be grateful about that we take for granted. Our family, friends, our health, the food that we eat.
Don’t let the simplicity of this act deceive you to think that it’s not worth doing.
It’s a practice I often struggle with myself.  But the more I practice gratitude, the better my life becomes.
Being grateful for what we have gives focus on what is going right in our lives, and helps to maintain perspective when we face challenges.
see more amazing ibrah comics at the link above! best of luck! :D

Monday, 24 March 2014

T.A.H.N.I.A.H

Assalamualaikum w.b.t

UJIAN

Apabila bercakap tentang ujian, semua benda dalam dunia ini merupakan ujian.
Sakit, sihat, kaya, miskin, berjaya, gagal dan lain-lain. Semua itu ujian.
tetapi seandainya berjaya bersyukurlah! jika jatuh, bangkit semula dan jadilah yang baru.

TAHNIAH kami ucapkan kepada adik-adik tingkatan 3 2013, senior tingkatan 6 2013, senior tingkatan 4 2013 dan senior tingkatan 5 2013 atas kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah juga buat barisan kepimpinan 2013 yang menduduki peperiksaan pada tahun lepas. Semoga kejayaan itu berterusan. Amin

Ketahuilah apabila seseorang mengkagumi kita, yang dia kagumi itu tidak lain tidak bukan ialah keindahan bilamana Allah sembunyikan keburukan dan dosa-dosa kita.
Andaikata Allah zahirkan segala keburukan dan dosa-dosa kita kepada pandangan manusia, nescaya tiada seorang pun yang akan mahu mendekati kita.

Sekian. :D

Aktiviti Pengawas: Iftar

Bismillah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita sudah berada di bulan Mac 2014. Legasi kepimpinan SAMT Tengku Ampuan Jemaah juga yang terbaru. Terima kasih kepada guru-guru pembimbing, guru-guru, para pelajar dan semua warga sekolah. Doakan kami kuat dan menjadi lebih bertanggungjawab menjalankan amanah ini dengan penuh berdedikasi.

Ketua Umum : Muhammad Amin Mubarak
Penolong Ketua Umum : Adibah bt Nazri

Banyak aktiviti telah dilaksanakan oleh badan pengawas sepanjang 3 bulan ini. Tujuan utama kami adalah untuk mencapai kesepakatan supaya mudah untuk menjalankan kerja. Aktiviti-aktiviti tersebut juga menimbulkan sifat kerjasama dan mahabbah dalam kalangan badan pengawas sendiri. 

Pada awal bulan Februari, badan pengawas di bawah kelolaan biro dakwah dan tarbiyyah telah mengadakan iftar (buka puasa) pada hari Isnin. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan badan pengawas SAMTTAJ bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.

TENTATIF PROGRAM

0630-0700 : Bacaan Maathurat/Surah Yaasin
0700-0730 : Tazkirah
0730-0745 : Iftar (Makan ringan)
0745-0820 : Solat Maghrib/Solat Hajat
0820-0850 : Iftar (Makan berat)
0850-0910 : Solat Isyak/Bersurai



 Tazkirah disampaikan oleh saudara Haziq Jamaluddin

Ucapan ringkas daripada saudara Amin Mubarak


Sekian, wassalam!

2014/1435H dan DOA

Bismillah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah untuk terus hidup. Tentunya JANGAN kita lupakan nikmat yang Dia berikan tetapi bersyukurlah. Baik atau buruk hari yang kita lalui. Bersyukurlah! Alhamdulillah. 

Sabda Rasulullah SAW :

"Daripada Ibn Abbas RA berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : "dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (riwayat Bukhari)

Pada tahun ini terlalu banyak masalah yang timbul. Barangkali masalah-masalah itu tercetus kerana diri kita sendiri. Mudah-mudahan ia penyuci kepada kesalahan yang telah kita lakukan.
Bermuhasabah dan terus perbaiki. Mohonlah pada Allah.


Setelah 17 hari berlalu. Semoga keluarga mangsa tabah. Mungkin sukar, tetapi percayalah pada ketentuanNya.  al-Fatihah


Memang daripada tadika lagi belajar, semoga amal hingga ke tua. insyaAllah

DOA MERUPAKAN SENJATA MUKMIN

Doakan saudara seislam kita di seluruh dunia. Semoga dikurniakan keberanian, semangat yang jitu untuk menentang yang batil. Sememangnya dunia akhir zaman, kebenaran selalu ditolak. Allahu. Semoga pejuang-pejuang Islam sentiasa kental. 

Doakan mereka

Wassalam