#Wal'asr

Friday, 8 February 2013

Makluman Pertandingan Fotografi!

Assalamualaikum W.B.T kepada semua pengunjung blog ini :D Semoga sihat walafiat.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Samttaj yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam menghantar penyertaan PERTANDINGAN FOTOGRAFI yang telah dianjurkan pada 23 Januari hingga 31 Januari lepas.


Tujuan utama pelaksanaan pertandingan ini adalah untuk menjadikan pelajar-pelajar SAMTTAJ yang berbakat menggunakan medium ini sebagai salah satu cara untuk berdakwah. Contohnya, setelah gambar diambil, pelajar dibenarkan edit dengan meletakkan hadith atau kata-kata hikmah 

Kami meletakkan tema kepada para peserta iaitu alam sekitar, masjid dan sunnah.


InsyaAllah, para pemenang akan kami umumkan tidak lama lagi :) Harap bersabar. Oleh itu, besarlah harapan kami agar kalian semua menjadikan medium ini sebagai cara yang terbaik dalam berdakwah!!  
InsyaAllah~


1 comment: