#Wal'asr

Tuesday, 26 August 2014

Kunfaya Kun.

Bismillah.





Peringatan bersama. Sentiasa berdoa kerana itu senjata MUKMIN! 

Alhamdulillah, Gaza telah kembali ke asal setelah digegar selama 2 bulan. al Fatihah buat para syuhada'. Hari ini mereka dapat menangkap ikan kembali, berjalan aktiviti seperti sediakala. Harapnya berkekalan dan kemenangan yang sebenar PASTI AKAN DATANG.

Belajarlah daripada kesilapan yang lepas. Teringat saya pada kata-kata ayah arwah Pembantu Juruterbang MH17, "dalam al-Quran dah sebut, segala kerosakan yang berlaku di muka bumi ini berlaku disebabkan tangan-tangan manusia sendiri"

Alfatihah buat Arwah guru kesayangan SAMTTAJ, Pn. Wan Nor Azizah mudah-mudahan roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Amin yarabbalalamin.

Ayuh renungkan. :) Jazakallah!


Ke Kelantan ke Kita:Lawatan Penanda Aras 2014

Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Harap semua sihat Alhamdulillah! Kali ini kami akan buat "throwback" tentang aktiviti badan pengawas sekolah yang telah berlangsung. 

Tarikh 23-25 Mei 2014

Kalau tahun lepas kami ke Terengganu, kali ini kami Kelantan Darul Naim pula. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan begitu lancar dan semua guru serta pelajar sangat gembira. Kami telah bergerak selepas Isyak dengan menaiki sebuah bas yang disertai oleh 4 orang guru.


Setelah berjam-jam berada di dalam bas, pada esok paginya kami tiba di Kelantan. Say what? Alhamdulillah!


Pada pagi itu, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Saidatina Khadijah. Perbelanjaan makan dan minum sangat murah di Kelantan. Jadi, pakat-pakatlah ke Kelantan (:



Kemudian, kami bersiar-siar sekitar Kota Bharu.





Tidak lupa juga Pantai Cahaya Bulan atau BCB.



Pada sebelah petang, kami ke Pantai Geting. 
Kalau nak cari ikan kering dan keropok lekor boleh datang sini.






Kita picnik sebentar! 





Kemudian ke Pengkalan Kubor (Bebas Cukai)



Setelah berpenat-lelah. Kami pulang ke homestay untuk khidmat diri.
Malamnya, kita makan malam :D





Tamat Hari Pertama :) 

Hari seterusnya merupakan hari terakhir lawatan kami. Kami telah mengadakan lawatan sambil belajar di Universiti Sains Malaysia fakulti pergigian. Sebelum tu, kami sarapan dan check-out dulu. Pagi itu kami bersarapan dengan dua pilihan makanan; Nasi Kerabu atau Nasi Dagang. Hidangan sampingan kuih tradisional di Kelantan. Sedap! Tujuannya supaya kami dapat merasai sendiri makanan tempatan di sana.








USM! HERE WE GO!


Tahukan anda dalam fakulti ini ada Muzium Mini? Patut pergi.













Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama! Alhamdulillah segala input yang telah kami terima insyaAllah akan kami aplikasikan. :)







Kami telah tiba di sekolah pada jam 12 malam. Kami ingin mengucapkan kepada AJK lawatan yang sudah bertungkus-lumus, guru-guru dan semua yang terlibat. Semoga tahun hadapan aktiviti ini dapat diteruskan! InsyaAllah.

"Apa yang baik daripada Allah, yang buruk daripada kesalahan diri kami sendiri. Jazakallah :D"