Assalamualaikum!
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi sbb kita masih hidup pada hari ini. Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam :D Jadi, seperti yang kita semua maklum tanggal 12 Rabiulawal merupakan hari kelahiran Baginda Muhammad SAW. Seorang tokoh yang boleh diteladani dalam setiap perkara. Kepimpinannya, sikapnya, Allahuakbar! Jikalau Baginda masih bersama kita, adakah kita mampu mencintainya sepertimana Baginda cintakan ummatnya?
Ayuh kita menjadi individu yang banyak berselawat kepada Baginda!
Ingin kami tekankan di sini, majoriti umat Islam pada hari ini selalu lupa terhadap tarikh dalam kalendar hijrah. Betul? Namun, setiap manusia tidak sempurna tetapi di sinilah kita perlu mengorak langkah untuk mengubah perkara tersebut. Seimbangkan kalendar hijrah dan lunar rakan-rakanku!
Things to remember :
24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1433Hijrah
25 Januari 2013 bersamaan 13 Rabiulawal 1433Hijrah
dan seterusnya :) jgn lupaaa!
Bagindalah qudwah hasanah bagi kita, mari! mari! contohi Baginda!
Jom betulkan diri kita yang banyak cacat cela ini. Rasulullah yang dah confirm syurga juga masih beramal pada setiap waktunya, tetapi kita? tepuk dada tanya iman (:
Maulidur Rasul ni,
tak ada amalan-amalan khas yang diajar oleh Rasulullah untuk hari ini. Kerana zaman Rasulullah, baginda pun tak sambut birthday mereka sendiri. Maka, jangan kita pandai-pandai nak adakan puasa maulidur rasul, zikir khas maulidur rasul, selawat khas sempena maulidur rasul dan sebagainya. Benda-benda itu tiada.
Namun mengadakan program-program mengingatkan kita kepada Rasulullah SAW, majlis selawat agar manusia membiasakan diri berselawat ke atas baginda, buat kuliah-kuliah berkenaan perjuangan baginda, bagi hadiah buku sirah agar masyarakat lebih faham akan Rasulullah SAW, itu adalah amat digalakkan, apatah lagi di tengah masyarakat lebih teruja dengan ikon-ikon Korea, Jepun, Hollywood masa kini.
Mari, sempena cuti maulidur rasul bagi yang bercuti, kita selak buku-buku sirah baginda, seperti Fiqh Sirah karangan Ramadhan Al-Bouty, Sirah Rasulullah SAW karangan Muhammad Al-Ghazali, Raheeq Al-Makhtum karangan Saifurrahman Mubarak Furiyy, dan mungkin Muhammad From The Early Sources oleh Martin Lings atau nama Islamnya - Abu Bakr Syrajuddin.
Itu antara kitab-kitab Sirah yang telah saya baca.
Duduklah bersama anak-anak anda hari ini, dan cakaplah: "Anak-anak, mari sini, Ibu Ayah nak cerita fasal Rasulullah SAW." Dan ceritakanlah serba sedikit akan Rasulullah SAW kepada anak-anak kita.
Biar ajaran baginda hidup dalam kehidupan kita.
Bukan sekadar kita pandai sebut Rasulullah SAW, selawat, namun tidak laksanakan ajaran baginda.

-Saudara Hilal Asyraf
Sebelum berakhir, kami ingin mengucapkan tahniah dan selamat berjuang bagi rakan-rakan tingkatan 4 yang akan berpindah ke sekolah lain. Termasuk juga ketua biro Multimedia sendiri iaitu Saudara Munir Mohd Nor. Terima kasih atas jasa beliau dalam mengendalikan biro ini. Kami sentiasa berdoa agar kalian semua berjaya di dalam kehidupan, doakan juga semua warga SAMTTAJ berjaya di dalam urusan
dunia dan akhirat!
Ameen ameen.
Semoga kita semua mendapat input pada post pertama ini! Assalamualaikum!